Click here for Myspace Layouts

Tuesday 13 December 2011

Renungan Bersama

Salah satu daripada amalan Rasulullah saw, ialah baginda sentiasa membaca Surah Al Mulk pada setiap malam. Begitu juga para sahabat dan para solihin, mereka mengikut jejak sunnah Rasulullah saw dengan mengamalkan bacaan Surah Al Mulk pada setiap malam dengan mengharapkan kebaikan dan keselamatan daripada azab kubur.

Thursday 1 December 2011

RUKUN SOLAT ( TAHUN 4 )

RUKUN SOLAT SERTA SYARAT-SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH SOLAT

Syarat mengerjakan solat mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun solat itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka solat itu tidaklah sah:-

SYARAT WAJIB

1. Islam
2. Baligh
3.Berakal
4. Boleh melihat dan mendengar
5. Sampai seruan Islam
6. Suci daripada haid dan nifas
7. Tidak tidur

SYARAT SAH SOLAT

Syarat-syarat sah SOLAT ialah:-

1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
2. Menghadap ke arah Kiblat.
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki).
    Menutup   semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan
    pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

RUKUN SOLAT

1.   BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh solat dalam
      keadaan berbaring.
2.   NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3.   TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4.   MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5.   RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6.   IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7.   SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas
      lantai.
8.   DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang
      pertama.
9.   DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri
      juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian 
      dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sunat dari rukun ini dinamakan sunat.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di
    dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. Tertawa Terbahak-bahak.
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).
Sumber: http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/rukun.html